100,000 tempat ikuti latihan teknikal, vokasional Oleh Sazarina Shahrim sazarina@bharian.com.my 2010/10/29 PUTRAJAYA: Lebih 100,000 tempat disediakan bagi pelajar mengikuti program di Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TEVT) serta Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA), tahun depan. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pengambilan pelajar bagi mengikuti program peringkat Sijil, Sijil Lanjutan, Diploma dan Diploma Lanjutan itu akan diselaraskan Pusat Pengambilan Setempat yang dilancarkan semalam. Katanya, permohonan kemasukan program TEVT dan ILKA dilaksanakan secara serentak dengan permohonan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). “Bagi meningkatkan lagi bidang itu, Jabatan Pembangunan Kemahiran akan dijadikan agensi tunggal dalam pembangunan dan pengesahan kualiti kurikulum pendidikan teknikal dan latihan vokasional. “Sijil Kemahiran Malaysia pula dijadikan persijila...
u gain strength, courage & confidence from EVERY EXPERIENCE which make u stop, look fear in the face & DO THING WHICH U THINK U CANNOT DO |anon|